since the first meet =)

Daisypath Friendship tickers

:')

Antara kegagalan terbesar manusia adalah, 
apabila dia membuat sesuatu, dia cuba menjaga hati semua orang. 
Tidak ada manusia yang mampu menjaga hati semua orang. 
Malah, Nabi kita sendiri dimusuhi oleh orang kafir. 

Jadi, apabila membuat sesuatu , niatkanlah dalam hati kita bagi menjaga ‘hati’ Allah. 
Jadilah orang yang berjaya dengan menjaga ‘hati’ Allah.

waktu & tempat dimustajabkan berdoa :')

walaupun berdoa boleh dilakukan pada bila bila masa namun terdapat tempat atau ketikanya yang tertentu dimana doa tersebut dimakbulkan dan diterima oleh Allah  s.w.t sebagaimana disarankan oleh Rasulullah s.a.w :') antaranya :

  • pada waktu pagi sebelum terbitnya matahari & seusai solat Subuh
  • setiap kali selepas menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam
  • antara solat Zohor , Asar & Maghrib
  • antara azan & iqamah atau selepasnya
  • ketika hendak masuk atau keluar dari masjid
  • dalam khutbah Jumaat, khutbah Hari Raya & khutbah nikah
  • ketika bangun dari tidur
  • selepas membaca tahiyyat akhir & sebelum salam
  • antara takbir solat hari raya
  • ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan penting
  • ketika menziarahi makan Rasulullah s.a.w
  • dalam majlis yang tidak bercampur maksiat
  • ketika membaca doa Qunut bagi solat Subuh & lain lain
  • ketika bertemu dengan saudara mara atau sahabat handai yang telah lama terpisah
  • apabila ditimpa kesulitan
  • ketika hujan turun
  • sebelum memulakan solat & selepasnya
  • sepanjang malam terutamanya sepertiga malam atau waktu sahur
  • ketika sujud dalam solat khususnya sujud terakhir
  • ketika khatam al Quran 30 juzuk

TEMPAT :')

  • Tatkala melihat Baitullah ( Kaabah ) di Mekah.
  • Ketika berada di dalam Kaabah.
  • Apabila melakukan Tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Ketika melihat Masjid Nabawi ( Masjid Rasulullah SAW ) di Madinah.
  • Ketika berada di sisi Multazam dan Hijr Ismail.
  • Di atas Bukit Safa dan Marwah.
  • Di sisi Telaga Zamzam.
  • Di belakang Makam Nabi Ibrahim a.s ( Tempat Berdiri Ketika meletak Hajar Aswad )
  • Ketika berada di Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah.
  • Di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah.
  • Di Mina pada hari Tasyriq.
  • Di Dalam Masjid.
  • Di sisi Jamratul Aqabah pada 11,12,13,Zulhijjah
 
  wallahualam :)

Berharganya seorang wanita :')


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."