since the first meet =)

Daisypath Friendship tickers

Ikhtilak III :)

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." - Hadis Riwayat Bukhari & Muslim



Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)
satu article,  here;


"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran 
padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".


Allah menyebut didalam al-Quran,

(35 : 24) Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan. 

(06 : 104) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).


Dari sms-ing boleh membawa kepada perkara buruk yang lain. Istighfar. Khas buat pesanan diri terutamanya. Jika ada manfaat darinya ambillah iktibar.

Ikhtilat II :)

This story is about a broken-hearted girl yang dulunya pernah menyayangi someone and at last selepas putusnya kasih antara dua manusia ni, she never act the same way to this guy. Her feeling had changed; 360 degree~


Bila sayang pada si dia, sayangilah sekadar saja
Kerana mungkin di hari muka, kau akan membencinya pula
Rasa sayang dalam manusia, sentiasa diduga
Kekadang berubah, membawa nestapa, bersederhanalah

Bila benci pada si dia, bencilah sekadar sahaja
Kerana mungkin di hari muka, kau kan menyayangnya semula
Beginilah jiwa manusia, penuh pancaroba
Sentiasa tertanya, arahnya ke mana, nasibnya di dunia
(Benci & sayang:bersederhanalah by Nur Irsyadi)





untuk memaafkan sudah semacam satu perkara susah dalam diri kebanyakan orang. Dulu terlanjur menyayangi tapi kini tiba-tiba terlanjur membenci! Istighfar, benar, kita bukanlah Tuhan yang mudah memberi ampun kepada hamba-hambaNya yang datang bertaubat kepada-Nya. Sekalipun orang tersebut sudah meminta maaf, tapi parutnya masih ada. Ibarat Paku dan dosaku. Apabila paku sudah dipahat, kesannya akan tetap terlihat walaupun paku tersebut telah berjaya dibuang.

Atas ni, hanyalah sebuah situasi yang dirasakan oleh sesetengah dari kita. Bila jumpa rasa sakit hati,bila ternampak artwork dia ke apa ke, ada perasaan tak puas hati, bila terdengar nama dia terus kita jadi sesak nafas, bila kita terserempak dengan gang dia, rasa macam hati berdarah kembali. Pendek kata, semua jadi serba tak kena. Ya, sebab kita hidup dalam dendam yang berpanjangan. Hidup dalam derita yang kita pilih. Sedangkan semuanya boleh jadi seperti sedia kala bila kita memaafkan. 

That's the point. Tapi kita susah. Jalannya, pintalah kepada Allah. Semoga Dia memberikan kita peluang untuk menjadi seorang pemaaf. Owh, truly it's not just for the couple one, dalam kawan-kawan pun sama. ada backstabbing then kita tak boleh terima.

Kita boleh cuba tips ini untuk kurangkan sakit hati =) 

The conclusion is, just forget about the past dan cuba cari hikmahnya. Kamu tahu, something yang berlaku yang Allah nak kita rasa, ada sebabnya, ada hikmahnya. Kalau tak jadi macam tu, tak adalah kita pada hari ini yang lebih kuat right? Maka, berdoalah kepada Allah, agar Dia mengurniakan kita cinta-Nya. Lagi terbaik! =) Chill...

Ikhtilat :)

Bismillahirrahmanirrahim . In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Kita sering merasakan bahawa apa yang kita mahukan dalam kehidupan sering tidak Allah makbulkan. Sedangkan, kita yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar dan malu untuk menolak permintaan hamba-hambaNya. Semestinya, kita harus memahami satu perkara;

Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu


Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(al-Baqarah:186)

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu


Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu


Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
   
Kita harus benar-benar memahami tentang perancangan Allah.....

***


Tersentuh di saat membaca artikel Jangan Merajuk Sayang by blog Bayyinat. Terkadang kita merajuk sebagai tanda protes. Entah kepada siapa. Tapi cukup untuk meluahkan perasaan ketidakpuashatian. Pada Allah mungkin. Serba-serbi kekurangan diri sukar untuk kita terima. Segala musibah dan ujian lansung kita pandang negatif walhal terselit seribu hikmah yang tidak terduga. Kita cenderung untuk berfikiran negatif dari berfikiran positif. 
 Bila kita fikir, Allah tak makbulkan doa kita, cepat-cepat kita merajuk. Cepat-cepat kita berpaling tadah, sedangkan kita punya secebis kepercayaan kepada Dia sebagai penyusun takdir. Kita terlupa, kita hanyalah seorang hamba yang sememangnya layak diuji. Apa yang kita pandang baik tidak semestinya terbaik buat diri kita, apa yang kita pandang buruk tidak semestinya terburuk buat diri kita. Kita tahu hakikat ini tapi sukar untuk kita yakini. 

Yakinlah dengan hikmah Allah. Yakinlah dengan semua janji-janjiNya. Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik. Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah. Kita sememangnya layak diuji! 

Waallahu'alam~

Tenang Bersama Allah :)

Tenang...
Tenangnya hati tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,
Tenangnya jiwa tidak boleh dipinjam oleh sesiapa,
Tenangnya akal tidak dapat di capai dengan kekusutan dunia.
Tenangnya bersama Allah,

Ketika aku tidur, Engkau selalu jaga dan melihatku lena,
Ketika aku sakit, Engkau menghapus segala dosa-dosa yang lama,
Ketika aku sesat, Engkau tarik aku kembali ke jalan-Mu,
Ketika aku sujud, Engkau hadirkan ketenangan dan harapan yang baru.

Tenangnya bersama Allah,

Engkau penjagaku setiap masa,
Memerhati setiap gerak geriku,
Mengabulkan doa-doa ku,
Dan membuat ku rasa selamat.

Tenangnya bersama Allah,

Bila keyakinan terhadap Mu telah tinggi,
Maka aku tidak takut lagi,
Tidak takut untuk mencari-Mu ketika aku susah,
Tidak lupa untuk memuji-Mu ketika aku senang,
Dan tidak sanggup untuk aku mengulangi dosa dan maksiat lama.

Tuhanku,

Aku rasa tenang bersama-Mu,
Dan aku ingin kembali untuk bertemu dengan-Mu,
Dalam keadaan yang Engkau redhai,
Kabulkanlah doa ini, Ya Rabb

Pabila tiba saatnya..

Sketsa 1

"Janji ada motor cukuplah."

Permintaan yang sangat naif. Seorang anak remaja yang menginginkan sebuah motor demi memudahkan perjalanannya di kampus. Ibu bapa mana yang tidak tersentuh dengan permintaan seorang anak yang baik akhlaknya dan lembut tutur bicaranya.

Selang beberapa hari sebuah motor HONDA berada di depan mata Ariff.

"Alhamdulillah. Mak abah. Terima kasih."

Maka bermulalah permulaan hidup Ariff bersama motornya di kampus.

"Wah! Ariff.

Motor baru nampak!"

"Biasa je Harith. Memudahkan gerak kerja aku. Senang nak ke kelas. "

"Senang nak ke masjid." Harith menyambung kata-kata Ariff dengan nada sinis sekali.

"Yup. Senang aku nak ke masjid. Boleh bawa ko sekali. Tak gitu Harith? Takkan ko nak biarkan aku keseorangan pergi masjid. Ada peneman baru best. Sama-sama dapat pahala."

Harith batuk-batuk kecil.

"Amboi Ariff. Pandai dah bermain kata dengan aku."

Ariff hanya menghulurkan senyuman kepada Harith. Kalau Harith dilayan bercakap sampai esok pun tak habis.


Lima bulan berlalu. Ariff memerhatikan motornya. Memang segala gerak kerjanya menjadi mudah. Syukur dengan kemudahan yang ada.

"Ariff. Jom!"

Harith menjerit dari tingkat tiga. Ariff memandang ke atas.

"Pergi mana?"

"Masjid la...."

"Apa dia Harith?"

"Masjid..."

Alhamdulillah. Lafaz yang tidak henti-henti terucap di bibir Ariff. Allah telah membuka hati Harith. Bila tiba masanya, hidayah itu pasti tiba.

Sketsa 2

"Fesyen apa yang kau pakai ini? Baju warna lain. Tudung warna lain. Tak masuk langsung."

"Ergh.. Cik Kak Melati. Janji saya pakai apa yang patut dipakai. Bukan orang tengok pun. Tak sempat dah nak padan memadan baju"

"Memang betul. Tapi kena jaga juga penampilan diri. Biar nampak kemas. Kita rasa selesa. Tudung letak elok-elok sikit"

"Whatever! Dah! Jom pergi makan sekarang! Kita nak pergi kafe dekat bawah ini je! Tak payah fikir lama-lama sangat. Janji pakai tudung."

Melati akur. Mengejar Zarith yang bergerak macam lipas kudung.
.

"Zarith! Tak siap lagi! Cepat sikit! Saya dah lapar sangat ni."


"Melati ada tak tudung warna purple?"

"Nak buat apa. Tudung saya besar. Dulu kau kata tudung saya macam selimut..."

"Nak pakai. Sedondon dengan baju yang saya tengah pakai sekarang. Cepat la..."

Melati memberikan tudungnya kepada Zarith.

"Sejak bila pulak fikir fasal warna-warna baju ni?"

"Bila tiba masanya. Saat untuk difikirkan akan tiba." Zarith tersenyum penuh makna...


Itulah sketsa kehidupan. mungking dekat dengan kita. 

Isinya mudah. Perkara yang pada mulanya kita fikirkan tidak penting & tidak perlu akan menjadi penting dan perlu apabila tiba masanya. Dengan izin Allah segala-galanya menjadi PASTI. Pada hari ini mungkin kita merasakan membaca buku sejarah itu tidak penting. Membosankan. Memeningkan. Terlalu banyak fakta.
Tetapi apabila tiba pada suatu peringkat, kita akan merasakan sejarah itu sangat penting. Orang yang tidak mengenal sejarah adalah orang yang buta akan hal persekitaran. Orang yang akan mudah untuk ditipu, dan akhirnya kita mula mengkaji sejarah.

Pada hari ini mungkin kita merasakan mengawal diri dari terjebak dengan soal hati dan perasaan itu tidak perlu. Ikut arus moden. Bercinta sakan. Alam kampus yang memberikan kebebasan untuk meluahkan rasa cinta yang terpendam lama. Tetapi apabila sampai masanya, diri anda akan mula terfikir betapa perlunya mengawal diri dari terjebak dengan cinta yang melampaui batas. Baru tersedar betapa Allah melarang sesuatu itu demi kebaikan hidup kita dunia dan akhirat. Apabila hatimu diketuk dengan hidayah Allah, sambutlah. Jangan lepaskannya lagi. Kawal jangan layan.

Amalkan cinta halal. Bina hidup dengan redha Ilahi. Jelajah lagi. Ambil sebagai contoh mengenai kelas agama/ kelas fardu ain. Pada zaman persekolahan dahulu, kita tidak mengambil berat mengenai kelas seperti ini. Ponteng itu selalu. Latihan yang diberi, pasti tidak dibuat. Segala-galanya diambil mudah sehingga mak ayah pun tak kuasa untuk memaksa lagi.

Nah. Apabila sampai masanya, tiba-tiba tersedar diri betapa ruginya diri ini tidak menuntut ilmu agama itu sebaik mungkin. Rugi. Sangat rugi. Tetapi sebenarnya rugi itu akan melahirkan perasaan untuk menghargai.
Menghargai Islam itu sebagai panduan hidup bukan sekadar agama keturunan. Mula untuk mendalami dan tidak membuta tuli.

Apabila tiba saatnya kita memang harus memilih.

Dalam perjalanan hidup ini kita sentiasa harus memilih. Setiap masa. Setiap jam. Mungkin juga setiap saat. Pada ketika kita terjaga dari lena, kita harus memilih sama ada untuk bangun untuk solat Subuh atau terus menarik selimut untuk menyambung tidur. Pada masa ini kita diuji. Pilihan harus dibuat. Saat mujahadah sedang berlaku. Maka, selamat bermujahadah saya ucapkan untuk diri dan juga untuk anda.
Pilihan itu akan sentiasa muncul dalam kehidupan ini. Bila sudah bangun subuh, kita mula terfikir, nak pakai baju warna apa hari ini, merah atau biru? Hitam atau putih?

Nak makan apa hari ini, nasi lemak atau roti canai? Masak sendiri atau beli? Semua itu perlu difikirkan. Perlu dipilih. Belum lagi jika kita bicara hal hati dan perasaan. Apabila hati sudah tertaut pada seseorang, banyak lagi pilihan akan timbul. Nak meluahkan atau memendam? Nak kahwin atau belajar dulu? Nak kawal nafsu atau layan je? Nak jaga pandangan atau tengok je? Nak jaga hati atau mulakan zina hati?

Wah. Semakin mencabar pilihan yang perlu dibuat. Semua itu perlu dipilih. Yang pasti, bila memilih, ingat Allah selalu. InsyaAllah, pilihan anda itu diredhai. Hikmah itu tidak nampak dalam sekelip mata.
Jika kita renung kembali setiap kejadian yang berlaku pasti punya hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi dan tidak nampak dalam sekelip mata. Kehidupan itu membawa kita untuk lebih memahami. Perjalanan hidup ini menemukan kita dengan macam-macam perkara. Dan semua itu mengajar kita untuk berfikir. Berfikir dengan cara yang matang.

Apabila masanya sudah tiba, bersiap sedialah.

Apabila sampai satu tahap, perkara-perkara yang tidak pernah kita sangka untuk fikirkan kita akan terjebak untuk memikirkan mengenai hal itu. Semua perkara ini berlaku kerana tahap kematangan kita berbeza. Cara pemikiran mula bercambah dan mula untuk menjadi orang yang berfikir. Berzikir dan berfikir. Mungkin dulu kita menyatakan bahawa solat di rumah sudah cukup buat kita. Tetapi apabila sampai suatu masa, diri mula didedahkan dengan kepentingan solat jemaah, maka diri mula bergerak untuk memahami dan seterusnya melaksanakan. Alhamdulillah.

Sesungguhnya, hadapi perjalanan hidup ini dengan tenang.

Apa yang datang, apa yang perlu difikirkan dengan lebih serius, apa yang perlu dipilih, apa yang tidak pernah difikirkan lalu perlu difikirkan ...... Hadapi segala-galanya dengan tenang.

Renungi juga firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 28:

"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram"

Maka, apabila tiba saatnya, hadapilah dengan tenang...