since the first meet =)

Daisypath Friendship tickers

KAMI I :)

^.^
ukhwahfillah abadan abada
inshaAllah


:: AHLIAHLIIBNUQUDAMMAH :: 

GURU KELAS :: PUAN ANITA OMAR ^^,


KAUM ADAM

Mohamad Izzat Azamuddin 
Mohammad Na'im
W.M.Nor Syawalluddin 

Kaum Hawa
Nadiratul Asyikin 
Nur Nabilah
Nurul Husna Hazwanie
Nurul Salihah
Nurul Syahmina Husna
Puteri Aimi Afrina
Siti Nur Amirah
Siti NurFarhanie
Tengku Nur Izyan Sofia


Kelebihan Membaca Surah Yassin



RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: 

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan" iaitu:
 

Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
 

Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
 

Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
 

Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
 

Jika terpenjara akan dibebaskan.
  

Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
 

Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
 

Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
 

Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
 

Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
 

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
 

Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
 

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin 
dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Surah Yassin juga adalah jantung Al-Quran.. Sama-samalah kita amalkannya sekurang-kurangnya setiap malam Jumaat.. InsyaAllah.. Sekadar nasihat untuk diri sendiri..

WASIAT BAGINDA

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas :

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya ku telah mengampuni dia".

4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah

Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

La Tahzan duhai Ibu

Wahai ibu yang kucintai, 

Terima-kasih kerana bersusah-payah cuba melahirkanku. Namun, Allah tidak memberikanmu peluang untuk mencurahkan kasih-sayangmu untukku. Kau tangisi pemergianku saat aku baru sahaja kau lahirkan. Ketahuilah ibuku, kasih-sayang-Nya jauh lebih luas. Anakmu ini sedang bahagia di sisi-Nya. Hapuskanlah air matamu dan ceriakanlah hidupmu.

Ketahuilah duhai ibuku, 

Walaupun harapanmu musnah untuk memilikiku di dunia, namun kau akan beruntung di negeri akhirat sana. Tersenyumlah duhai ibuku. Anakmu ini sedang ternanti-nanti kehadiranmu dan juga ayah untuk bertemu di taman syurga. Pujuklah hatimu dengan motivasi Rasulullah s.a.w. dalam satu hadis qudsi: 

"Allah s.w.t. berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak: 
"Masuklah kalian ke dalam syurga!" Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk." Lalu mereka mendekati pintu syurga tapi tidak mahu masuk ke dalamnya. 

Allah berfirman lagi: 
"Mengapa Aku lihat kalian enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga!" Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" 

Allah pun berfirman:
"Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian."

(Hadits Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari sahabat Nabi s.a.w.)

Ibuku sayang,
Aku akan menjadi saksi pada segala pengorbananmu. Sabarnya kau menantikan kehadiranku. Saban waktu kau mendoakanku dan mengambil makanan terbaik untuk memastikan kesempurnaan pertumbuhanku. Aku berasa sungguh terbelai dengan doa-doamu duhai ibu.

Pagi itu,
kudapat rasakan kau menekan perutmu yang memulas-mulas. Kutahu, sakit yang kau tanggung amat perit. Wajahmu diselubungi kerisauan kerana diriku yang kau kandung sudah 2 hari kurang bergerak. Saat itu, aku berusia 7 bulan dalam kandungan. Ibuku, Tekun kau meyemak semula fetal kick chart yang selalu kau bawa sejak usiaku 6 bulan dalam kandungan lagi. Kau menatap sukar catatan semalam, hanya 3 gerakan dalam masa 12 jam. Lebih membimbangkan dirimu apabila hari ni, masih belum ada gerakan yang dicatat.

Kumengerti duhai ibu,
Diriku yang kau kandung ini amat bernilai bagimu dan ayahku kerana akulah kandunganmu yang pertama setelah 3 tahun usia perkahwinanmu. Pelbagai usaha kau lakukan untuk mendapatkan zuriat. Aku hargai niatmu tulus untuk meramaikan umat Islam di atas muka bumi ini kerana Rasulullah s.a.w berbangga dengan jumlah umatnya di hari akhirat.

Melihat kegigihanmu dalam mendapatkanku, aku berasa hairan dengan kebanyakan manusia pada hari ini yang menggunakan pelbagai alat pencegah kehamilan. Lebih malang lagi, ada yang sanggup melakukan dosa besar dengan menggugurkan kandungan mereka dengan pelbagai alasan seperti terlanjur, anak kecil masih menyusu, belum bersedia dan sebagainya. 



 
Ibuku,
Tiba saat itu, kau melihat ada cecair yang deras mengalir dan membasahi kain batikmu. Cecair tersebut amat jernih dan tidak berbau, bercampur sedikit tompokan darah.

“Masya-Allah, air ketuban dah pecah,” ujarmu dengan wajah panik, lantas menelefon ayahku di pejabat.

Alhamdulillah, pejabat ayahku tidak jauh dan hanya mengambil masa 20 minit untuk tiba di rumah.

Ibuku,
Dalam derita menahan sakit, ada sedikit keceriaan dan harapan pada wajahmu pada saat kau dibawa ke dewan bersalin, Hospital Selayang. Sampai sahaja di bilik pemeriksaan, didapati seorang doktor lelaki cina dan seorang jururawat melayu akan membuat pemeriksaan ke atasmu.

Aku tahu, wanita yang baik sepertimu duhai ibu seboleh-bolehnya tidak mahu auratmu dilihat oleh lelaki ajnabi melainkan tiada pilihan dan dalam keadaan terdesak. Ibuku, Kau membuat permohonan agar diperiksa dan dirawat oleh seorang doktor muslimah. Aku kagum melihatmu tegas dan faham dengan prioriti, sekiranya tiada, kau inginkan seorang doktor lelaki yang muslim, kemudian doktor perempuan non-muslim.

Alhamdulillah, pihak hospital faham dengan pendirianmu. Seorang doktor muslimah datang membuat pemeriksaan terhadapmu. Pertuturannya sangat lembut dan menyenangkan hati. Setiap perlakuannya dimulakan dengan bismillah. Saat itu, aku berasa sudah tidak sabar lagi lahir menjadi permata hatimu, wahai ibu, disambut oleh seorang doktor muslimah yang solehah.

Kemudian ibuku,
kau didatangi oleh seorang doktor pediatrik, memberi penjelasan tentang aku yang bakal kau lahirkan nanti mungkin akan menghadapi pelbagai masalah yang serius kerana belum matang. Ibuku, lidahmu tidak putus-putus berdoa menagih secebis belas dan harapan dari Allah s.w.t. Aku tahu kau sanggup korbankan nyawamu asalkan diriku selamat.

Masa yang berlalu dirasakan amat perlahan. Sengsaramu ibu tidak terperi lagi. Kau bertarung nyawa untuk melahirkanku. Kau ubati penderitaanmu dengan khabar dari Rasulullah s.a.w. tentang pahala ibu bersalin umpama 70 orang mati syahid. Setelah 5 jam menahan derita di dalam bilik bersalin, akhirnya deritamu berakhir apabila berjaya melahirkanku.

Kau belum sempat melihat jantinanya. Tangisanku pun tidak kedengaran. Aku dengan segera dibawa ke Neonatal Intesive Care oleh seorang doktor pediatrik. Dalam keletihan, kau tidak putus-putus berdoa moga Allah memberi yang terbaik kepadaku.

Tidak lama selepas itu, doktor pediatrik tadi berjumpa denganmu memberitahu bahawa aku tidak dapat diselamatkan lagi kerana mengidapi penyakit syndromic yang amat serius dengan kegagalan organ-organ dalaman. Tambahan pula usiaku belum matang. Dalam pasrah, kau mengangis tak henti-henti.

Kalau aku berdaya, mahu sahaja aku sapu air matamu. Mujurlah ayahku memahami. Dialah yang banyak memberi semangat dan harapan kepadamu. Aku gembira mendengar kata-kata ayah, ujian itu tanda kasih-sayang Allah s.w.t. pada hambanya. Tersenyumlah duhai ibuku. Kan kupinta dari Yang Esa untuk memimpin tanganmu tercinta. Kuhitung hari saban waktu, tidak sabar lagi untuk berjumpa denganmu. Tersenyumlah duhai ibu.