since the first meet =)

Daisypath Friendship tickers

Workaholic vs Solatholic

“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang pengurus bahagian sumber manusia.

“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.

“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”

Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya mendengarnya.

“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.

“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.

“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa dipinta.

“Jadi apa masalahnya?’

“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”

“Bagaimana?”

“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa akibatnya orang yang tinggal solat…”

Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”

“Yang solatolic bagaimana?”

“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi culas kerja.”

“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.

“Mengapa?”

“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam beragama,” jelas saya agak panjang.

“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic ni?”

“Solatholic bukan masalah, “ ujar saya.

“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”

“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”

“Banyak sembahyang?’

“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”

“Maksud awak?”

“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”

“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah saya lagi.
Pengurus itu kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya senyum, sambil menepuk bahunya.

“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”

“Baginda juga workaholic?”

“Ya. Bayangkan bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”

“Baginda seorang yang workaholic?”

“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw memang begitulah.”

“Jadi seorang itu boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti Rasulullah?”

“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”

“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku dengan Allah tidak selesai.”
Dia diam. Benar-benar dalam berfikir.

“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”

“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.

“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”

“Tidak begitu. Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk dilaksanakan. “

“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan kerja?”

“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”

“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.
Saya diam. Berfikir sejenak.

“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat hubungannya sesama manusia.”

“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”

“Bagaimana?”

Saya mula diasak dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.

“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih, menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam bekerja,” terang saya satu persatu.

“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”

“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas mengerjakannya.”

“Hairan pula kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’

“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”

“Jadi bagaimana mengatasinya?”

“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”

“Bagi golongan workaholic pula?”

“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang Maha Besar.” Dan bagi mereka yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan,

“jangan nanti stres, kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”

“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.

“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”

“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk manusia!”

“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”

“Yang mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.

“Pray hard, work smart!”

“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”

“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.

Saya senyum lebar akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini.

Bukan sahaja dalam amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat Islam sendiri!

Keistimewaan Pembaca dan Penghafaz Al-Quran

Syafaat 10 anggota keluarga ke syurga. 

 Dari Ali bin Abu Talib,katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya :

"Barang siapa membaca al-quran dan menghafalnya, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."(

Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi).

Berada dalam rahmat Allah. 

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya : 

"Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran,kecuali mereka akan memperolehi ketenteraman,diliputi rahmat,dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yg di langit)."

(Riwayat Muslim, At-Tirmizi,Ibnu Majah dan Abu Daud).

Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya dengan balasan pahala yang berlipat kali ganda. 

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. ;katanya Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:

"Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran),maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali.Aku tidak mengatakan bahawa Alif,Lam,Mim itu satu huruf,tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

Dianggap sebagai keluarga kesayangan Allah. 

Disabdakan oleh Rasulullah s.a.w , dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesungguhnya Allah mempunyai keluarga yang terdiri daripada makhluk manusia."

Lalu Rasulullah ditanya:

"Siapakah mereka itu ahai Rasulullah s.a.w.?"

Jawab baginda:"Mereka adalah keluarga Allah dan orang istimewa bagi-Nya."(Riwayat Ahmad,Ibnu Majah,Ad-Darimi,Al-Hakim dan An-Nasaie). 

Al-Quran sendiri akan memberi syafaat kepada pembaca dan penggemarnya di hari kiamat. 

Daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. katanya: Aku mandengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

Bacalah Al-Quran,sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat bagaikan pemberi syafaat kepada tuannya."

(Hadis riwayat muslim)  

Dipakaikan mahkota pada hari kiamat. 

Daripada Mu'az bin Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 

"Sesiapa yang membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terdapat di dalamnya,Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota pada hari kiamat kelak.Cahaya mahkota tersebut lebih indah daripada cahaya matahari terhadap rumah-rumah yang ada di dunia.Maka apakah pandangan kamu tentang balasan yang akan diperolehi oleh orang ang membacanya sendiri?" 

(Hadis riwayat Abu Daud) 

Tajamkan otak :)

Daya ingat identik dengan faktor usia. Semakin lanjut usia seseorang, semakin menurun daya ingatnya. Namun, banyak cara bisa dilakukan untuk memaksimalkan kemampuan daya ingat kita. .

Senam Otak
Otak semacam otot yang perlu dilatih secara berkala. Caranya, buat tantangan atau tebak-tebakkan untuk diri sendiri yang dapat mengasah ingatan. Misalnya, menyebut judul lagu-lagu lama, mengingat bait puisi saat kecil, atau sebut 10 barang yang ada di kulkas. .

Makanan
Bukan hanya minyak ikan yang dapat mempertajam daya ingat, tetapi juga bahan makanan berwarna merah dan ungu seperti blueberry, buah bit, dan bawang merah. Bahan makanan kaya asam folat seperti brokoli, pisang, dan kacang polong juga bermanfaat menjaga kesehatan otak.

Air Putih
Fakta menunjukkan bahwa seluruh fungsi organ tubuh akan berjalan dengan baik ketika mendapat asupan air yang cukup. Tak terkecuali fungsi otak. Biasakan minum 6-8 gelas air putih sehari.

Tidur Cukup
Tidur dibutuhkan agar sel tubuh beristirahat dan beregenerasi. Termasuk sel otak. Sebab itu, usahakan bangun kerja sama fisik dan mental yang baik agar tercipta tidur sehat dan berkualitas.

Santai
Tekanan atau stres membuat kerja otak melemah dan sulit berkonsentrasi. Dalam kondisi demikian, istirahatlah sejek sambil melakukan aktivitas santai seperti membaca buku, bermain game online untuk memulihkan kerja otak.

Permainan Asah Otak
Kebiasaan mengisi teka-teki silang yang tersedia di koran atau memainkan sudoku di telepon genggam bermanfaat positif untuk meningkatkan daya ingat seseorang.

Berpikir
Mengingat satu hal yang tak kunjung muncul di kepala pasti menjengkelkan. Saat mengalaminya, jangan panik. Tenangkan diri sesaat sambil memikirkan hal-hal ringan seperti jenis buah-buahan, jenis olahraga air, atau nama-nama sahabat. Aktivitas itu akan membantu seseorang lebih cepat mengingat hal penting yang ia lupakan.

Bertamasya ke Masa Lalu
Melihat kembali hal-hal di masa lalu secara tidak langsung melatih ingatan jangka panjang. Saat pulang kampung misalnya, cobalah memunculkan kembali kenangan masa kecil.

Berpikir Lewat Gambar
Cara ini bisa dipraktikkan saat menyusun daftar belanja. Catat barang-barang yang akan dibeli sambil membayangkan diri sedang berjalan menyusuri lorong-lorong supermarket dan menemukan produk yang diinginkan.

Olahraga
Lakukan latihan fisik yang merangsang perbaikan sirkulasi darah seperti jogging, dan aerobik. Sirkulasi darah yang lancar akan meningkatkan produksi oksigen ke otak yang sangat bermanfaat untuk mempertajam kemampuan berpikir

Hargai Wanita itu :)





Adam dan Maya telah lama melayari gerbang perkahwinan. Adam bekerja di sebuah syarikat berhampiran kawasan perumahan mereka sementara Maya seorang surirumah sepenuh masa. Mereka dikurniakan 4 orang anak yang masih bersekolah.

Adam tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Pernah dia bersungut kerana merasa bosan setiap hari pergi kerja sedangkan Maya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh dia mahu isterinya tahu betapa penatnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Pada suatu malam, Adam berdoa,  

"Ya Tuhanku, ketika aku bekerja 8 jam sehari, isteriku hanya tinggal di rumah. Aku mahu dia tahu betapa letihnya aku bekerja. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Beri aku sehari menjadi isteri supaya dia dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula berehat di rumah".

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mengetahui dan mengkabulkan permintaan Adam. Keesokan pagi, dia bangun tidur sebagai seorang isteri. Selepas bangun, dia bergegas ke bilik air, gosok gigi, mandi, solat Subuh dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Kemudian dia terpaksa berhadapan kerenah anak-anak yang liat nak bangun pagi.

Akhirnya barulah mengejutkan suaminya yang lena di atas katil. Selepas itu dia menghantar suami ke pintu dan melihat suaminya keluar dari pagar dengan menaiki motorsikal. Kemudian dia kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air sebagai bekal anak-anaknya.

Ketika anak-anak memakai kasut, Maya memanaskan enjin kereta dan terus menghantar anak-anaknya. Maya terpaksa merentasi kesesakan lalu lintas di depan sekolah anak-anaknya. Balik dari sekolah dia terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur. Selepas dua jam baru dia sampai ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan disimpan dalam peti ais. Maya memungut pula kain-kain baju untuk dicuci dengan mesin. Sementara baju dibasuh, Maya menyapu lantai.

Kemudian dia menjemur kain di ampaian. Lepas tu dia mula memasak untuk anak-anak yang akan balik tengahari nanti. Selesai memasak, dia bergegas mengambil anak-anak dari sekolah. Sampai di rumah, dia menghidangkan makanan kepada mereka. Kemudian menyuruh mereka mandi dan buat kerja sekolah sampai siap kalau mereka nak main petang nanti.




Tiba-tiba dua orang anaknya bergaduh, yang kecil menangis. Terpaksa Maya pujuk supaya tak berlarutan. Kemudian dia mengangkat kain untuk dilipat dan disimpan dalam almari. Kelihatan anak-anaknya sedang rileks menonton Dora The Explorer, Maya bergegas menunaikan solat Zuhur. Kemudian dia memeriksa hasil kerja sekolah anak-anaknya. Selang beberapa minit, azan Asar kedengaran. Maya menunaikan solat Asar.

Kemudian dia menyediakan makan malam. Selepas itu terpaksa melayan kerenah anak-anak yang malas mandi. Lepas Maghrib, dia melayan pula suami dan anak-anak makan. Kemudian terpaksa cuci pinggan mangkuk ketika suami sedang berbaring menonton berita di TV. Baru sahaja 10 minit dia duduk menonton TV, terpaksa pula menguruskan anak-anak masuk tidur.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahnya selesai. Badannya sudah lemah dan perlukan rehat. Opsss belum sampai masanya lagi. Suami juga mahukan layanan mesra. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Maka suami dilayan dengan sebaiknya sehinggalah dia benar-benar terkulai layu langsung tertidur. Maya sendiri tak pasti pukul berapa.

Keesokannya, terjaga dari tidur, Adam berdoa  

"Ya Tuhanku barulah aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku bekerja."

Tiba-tiba Adam terdengar satu suara ghaib berkata,  

"Wahai Adam, kamu belum boleh menjadi suami semula sebab persetubuhanmu semalam telah menjadi benih. Kamu kena tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali..."




Dengan sekuat hati, Adam menjerit,
"Waaaaaaaaaaaaaa... Tak nak! Tak nak! Tak nak!!!!!!"

"Bang... Bang... Abangggg!!!! Kenapa terjerit-jerit ni?"

Sergah satu suara. Adam bangun dari katil dan memegang isterinya sambil bertanya

"Maya, Maya ni suami atau abang yang suami sekarang??"

Sambil ketawa Maya membalas  

"Laaaa... Apa abang nak masuk Raja Lawak ke pagi-pagi buta ni? Tentulah abang suami dan Maya ni isteri."

Hari itu, Adam mengambil MC dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja rumah. Maya kelu, dia bisu melihat perangai pelik suaminya.